130. Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir

(254)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

“Maha Suci Allah dan bagi-Nya segala pujian” setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut”1.

(255)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.’ Sebanyak 10 kali, baginya pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang daripada keturunan Nabi Ismail”2.

(256)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan yang Maha Pemurah ialah:

“Maha Suci Tuhan dan bagi-Nya segala pujian dan Maha Suci Tuhan yang Maha Agung”3.

(257)

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesungguhnya membaca:

‘Maha Suci Allah, bagi-Nya segala kepujian, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya dan Allah Maha Besar' lebih aku sukai daripada segala sesuatu yang disinari oleh matahari ke atasnya”4.

(258)

سُبْحَانَ اللَّهِ

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Apakah kamu tidak mampu untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang daripada sahabat-sahabat yang ada bersama baginda bertanya: “Bagaimana kami boleh melakukan seribu kebaikan?” Sabdanya: “Dengan mengucapkan Tasbih

100 kali, nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan”5.

(259)

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

“Maha Suci Tuhan yang Maha Agung dan bagi-Nya segala pujian” nescaya ditanam baginya sepohon kurma di dalam syurga”6.

(260)

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Wahai Abdullah bin Qais, hendakkah aku tunjukkan kepadamu perbendaharaan syurga?” Jawab Abdullah: “Mahu, wahai Rasulullah!” Sabdanya: “Ucapkanlah:

“Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”7.

(261)

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

“Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat:

'Maha Suci Allah,' 'segala puji bagi Allah,' 'Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah' dan 'Allah Maha Besar' tiada masalah sekiranya kamu ingin mulai dengan (mana-mana) salah satu daripadanya dan diikuti dengan yang lainnya”8.

(262)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي.

Seorang arab badwi datang bertemu Rasulullah ﷺ dan berkata: Ajarkan saya satu ucapan yang akan saya ucapkan.” Sabdanya: “Ucapkanlah:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, segala pujian sebanyaknya bagi Allah, Maha Suci Allah Tuhan sekelian alam, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana.” Kata orang badwi tersebut: “Ucapan itu untuk Tuhanku, apa pula ucapan untuk diriku?” Sabda Nabi ﷺ: “Ucapkanlah:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah hidayah kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”9.

(263)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي.

“Apabila seorang lelaki memeluk Islam, Nabi ﷺ mengajarnya solat dan menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kesihanilah aku, berilah petunjuk dan kesejahteraan kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”10.

(264)

الْحَمْدُ لِلَّهِ

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sebaik-baik (afdhal) doa ialah:

‘Segala puji bagi Allah’. manakala sebaik-baik (afdhal) zikir ialah:

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah’”11.

(265)

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Al-Baqiyaat As-Solihaat (kalimah-kalimah dan amalan-amalan yang baik yang terjamin pahalanya) ialah:

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”12.