15. Bacaan Ketika dan Selepas Azan
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Ḥayya `alaṣ-ṣalāh, Ḥayya `alal-falāḥ.
Lā ḥawla wa lā quwwata 'illā billāh.
Sesiapa yang mendengar laungan azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin, kecuali ketika laungan:
selepas muazzin melaungkan dua ini, bacalah:
“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah”1.
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا.
Wa 'anā 'ash-hadu 'an lā 'ilāha 'illallāhu waḥdahu lā sharīka lahu wa 'anna Muḥammadan 'abduhu wa rasūluhu, raḍītu billāhi rabban, wa bi Muḥammadin rasūlan wa bi 'l-islāmi dīnan.
Selepas muazzin melaungkan lafaz Shahadah, bacalah:
“Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama”1.
Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ selepas selesai menjawab lafaz azan muazzin.2
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، [إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ].
Allāhumma rabba hādhihi 'd-da'wati 't-tāmmah waṣ-ṣalāti 'l-qā'imah, 'āti Muhammadani 'l-wasīlata walfaḍīlata, wab 'ath-hu maqāma 'm-mahmūdani 'l-ladhī wa`adtahu, ['innaka lā tukhliful-mī'ād].
Kemudian membaca:
“Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan Solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Al-Wasilah dan kelebihan, serta kurniakanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”1.
Berdoalah untuk diri sendiri di antara azan dan iqamat kerana doa pada waktu itu tidak ditolak (akan diperkenankan).2