18. Doa Ketika Bangun dari Rukuk (Iktidal)
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.
Sami`allāhu liman ḥamidah.
“Allah telah mendengar orang-orang yang memuji-Nya”1.
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ.
Rabbanā wa lakal-ḥamd, ḥamdan kathīran ṭayyiban mubārakan fīh.
“Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya”2.
مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ وَمِلْءَ مَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ. أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.
Mil'a 's-samāwāti wa mil'a 'l-'arḍi wa mā baynahumā, wa mil'a mā shi'ta min shay'in ba`d. 'Ahla 'th-thanā'i wa 'l-majdi, 'aḥaqqu mā qāla 'l-`abdu, wa kullunā laka `abdun. Allāhumma lā māni`a limā 'a`ṭayta, wa lā mu`ṭiya limā mana`ta, wa lā yanfa`u dhal-jaddi minka 'l-jadd.
“(Aku memuji-Mu dengan pujian) sepenuh langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Juga sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Maha Mulia. Inilah kata-kata yang selayaknya diucapkan oleh seorang hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”3.