28. Bacaan Sebelum dan Selepas Tidur
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . . .قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . . .قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ . . .
“Apabila Rasulullah ﷺ hendak tidur di tempat tidurnya pada waktu malam, baginda menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan meniup kedua-duanya lalu membaca:
Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-duanya bahagian tubuh yang mampu dicapai oleh baginda. Baginda memulakannya dari kepala, kemudian muka dan seterusnya bahagian hadapan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali”1.
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ . . .
Ayat kursi2.
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمَوْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ . لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.
“Rasulullah telah beriman dengan segala yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian juga orang-orang yang beriman; Semuanya beriman kepada Allah dan para malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya serta rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan di antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain.” Mereka berkata...”3
بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا، بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.
Bismika rabbī waḍa`tu janbī, wa bika arfa`uhu, fa'in amsakta nafsī farḥamhā, wa in arsaltahā faḥfaẓhā, bimā taḥfaẓu bihi `ibādakaṣ-ṣāliḥīn.
“Dengan nama-Mu wahai Tuhanku aku letakkan lambungan rusukku dan dengan nama-Mu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka rahmatilah ia, sekiranya Engkau melepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh”4.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.
Allāhumma innaka khalaqta nafsī wa anta tawaffāhā, laka mamātuhā wa maḥyāhā, in aḥyaytahā faḥfaẓhā, wa in amattahā faghfir lahā. Allāhumma innī as'aluka ‘l-`āfiyah.
“Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku (rohku) dan Engkau mematikannya (ketika aku tidur), di bawah kekuasaan-Mu urusan kematian dan kehidupannya, sekiranya engkau menghidupkannya peliharalah ia, sekiranya engkau mematikannya ampunilah ia. Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu kesejahteraan”5.
اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ.
Allāhumma qinī `adhābaka yawma tab`athu `ibādak.
“Ya Allah peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu”. (dibaca tiga Kali)6.
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا.
Bismika Allāhumma amūtu wa aḥyā.
“Ya Allah dengan nama-Mu aku mati (tidur) dan dengan nama-Mu aku hidup (jaga)”7.
سُبْحَانَ اللَّهِ (33 kali)الْحَمْدُ لِلَّهِ (33 kali)اللَّهُ أَكْبَرُ (34 kali)
Subḥānallāh (33 kali), Alḥamdulillāh (33 kali), Allāhu 'akbar (34 kali).
Bacaan tasbih, tahmid dan takbir:
“Maha Suci Allah” (33 kali), “Segala puji bagi Allah” (33 kali) dan “Allah Maha Besar” (34 kali)8.