84. Bacaan Apabila Berada dalam Majlis
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ.
Rabbi’ghfir lī wa tub `alayya innaka anta’t-Tawwābul-Ghafūr.
Daripada Ibnu Umar katanya: “pernah dihitung bahawa Rasulullah ﷺ membaca bacaan ini sebanyak 100 kali dalam satu majlis:
‘Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau sangat menerima taubat lagi Maha Pengampun’”1.