9. Bacaan Selepas Berwudhu'
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
'Ash-hadu 'an lā 'ilāha 'illallāhu waḥdahu lā sharīka lahu wa 'ash-hadu 'anna Muḥammadan `abduhu wa Rasūluhu.
“Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya”1.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ.
Allāhummaj`alnī minat-tawwābīna waj`alnī minal-mutaṭahhirīn.
“Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang bersih”2.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.
Subḥānaka Allāhumma wa biḥamdika, 'ash-hadu 'an lā 'ilāha 'illā 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atūbu 'ilayk.
“Maha Suci Engkau dan segala puji bagi Engkau Ya Allah. Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu”3.