107. Kelebihan Berselawat ke atas Nabi

(219)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat (memberikan rahmat-Nya) ke atasnya sepuluh kali”1.

(220)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku seperti tempat perayaan dan ucapkanlah selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku tak kira di mana-mana sahaja kamu berada”2.

(221)

Sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku”3.

(222)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang meronda-ronda di bumi untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku”4.

(223)

Sabda Nabi ﷺ lagi yang bermaksud: “Tidak ada orang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku hingga aku membalas salamnya”5.