108. Mengucapkan Salam

(224)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukah aku ajarkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”1.

(225)

“terdapat tiga perkara yang apabila seseorang itu mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan kesempurnaan iman:

  1. menginsafi diri.
  2. mengucapkan salam kepada semua orang.
  3. menyumbangkan derma biarpun semasa dalam keadaan fakir”2.
(226)

Daripada Abdullah bin Umar: Seorang lelaki bertanya Nabi ﷺ: “Manakah Islam yang paling baik?”, maka sabda Baginda ﷺ yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenal mahupun mereka yang kamu tidak kenal”3.